Wednesday, June 6, 2012

Penarafan 4 Bintang Sistem Star Rating PBT

Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah berjaya mengekalkan penarafan 4 Bintang bagi Sistem Star Rating Pihak Berkuasa Tempatan (SSR-PBT) tahun 2010/2011. 

MPM sekali lagi telah mencatat sejarah apabila melonjak dari tangga ke-9 bagi tahun 2008/2009 kepada tangga ke-5 bagi keseluruhan PBT pada kali ini. Kedudukan ini meletakkan MPM sebagai satu-satunya PBT yang mencapai penarafan 4 bintang di negeri Perak.

Sistem ini dilaksanakan oleh pihak Kementerian dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk menilai tahap penyampaian perkhidmatan dan mengemaskini ciri-ciri PBT yang berpretasi tinggi. Penilaian yang dibuat oleh barisan Panel Inspektorat KPKT ini melibatkan beberapa aspek iaitu sistem pengurusan, perkhidmatan teras, pengurusan pelanggan dan penyertaan komuniti serta pandangan penduduk.

Penyampaian Sijil Anugerah 4 Bintang ini telah disempurnakan oleh Y.B. Dato' Seri Chor Chee Heung, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan semasa Majlis Penyampaian Anugerah Sistem Star Rating PBT 2010/2011 pada 26 Mac 2012 di Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak.


No comments:

Post a Comment